Gunung Berapi Tungurahua di Ecuador Berkemungkinan Meletup
11/03/2013 12:36:00Ia selepas gunung berapi berkenaan mula aktif mengeluarkan gas dan debu.
Masuk hari kedua hari ini kesemua aktiviti dikawasan sekitar dikurangkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Arahan sama turut dikeluarkan kepada pengunjung yang ingin ke kawasan berkenaan.
Menurut laporan media debu dan asap tebal dapat dilihat sejauh dua kilometer.
Dengan ketinggian mencecah lima ribu meter Tungurahua adalah salah satu daripada lapan gunung berapi Ecuador yang masih aktif.

