Sunday, 24 February 2013
AYAH DAN IBU
Ayah ku bernama Hassan bin Molok dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Ayah ku keturunan Bugis campus banjar. Ibu ku pula dilahirkan di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor . Asal usul ibu ku dari Banjar Masin dan Nenek ku dari Pulau Madura , Indonesia.
Kami semua dilahirkan di Kampung Seri Dayong, Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Semua kelahiran kami di rumah melainkan adik kami yang bungsu (Anak ke 10 ) lahir di Hospital Muar, Johor.
Semasa kami kecil kehidupan kami sederhana kerana pada zaman itu Ayah dan Ibu bekerja sebagai Penoreh Getah. Bila waktu cuti sekolah kami membantu Ayah dan Ibu. Diwaktu petang Ayah ku sebagai Tukang Gunting Rambut di KedaI gunting rambut Atok kami yang bernama Molok bin Anang Achil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment