
Sebenarnya
Saya Isteri Dia
Sebenarnya,
Saya Isteri Dia! ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan pada setiap
hari Jumaat di TV3 menerusi slot Zehra mulai 29 Mac 2013. Drama arahan Raja
Ahmad Alauddin ini merupakan drama adaptasi dari novel "Sebenarnya, Saya
Isteri Dia!" terbitan Karya Seni yang ditulis oleh Zura Asyfar. Teraju
utama untuk drama ini ialah Tiz Zaqyah dan Izzue Islam.
Sinopsis drama
Cinta
pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk
hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta
yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah
jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu
peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan
ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu
terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu
tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan
rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku
buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan
maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash.
Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah
perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira.
Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan
mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan
lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit
dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi
sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk
mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula
menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut?
Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang.
Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa
kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau
takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta
mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik
tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina.
Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar.
Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di
dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan
dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba
awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu
okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah
lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan
kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan
apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
No comments:
Post a Comment