Sopan santun, lemah lembut, tinggi pengetahuan agama, rapat dengan
keluarga dan tidak suka berkawan dengan lelaki. Inilah kombinasi lima
ciri-ciri utama yang menjadi paksi pada keperibadian Amani.
Kedatangan Amani ke sebuah majlis perkahwinan bersama ibu bapanya telah
menguntumkan senyuman dua jejaka. Dirinya menjadi halwa mata kepada
Isyraf dan Thaqif. Mereka berdua tidak menyangka setelah jarang bertemu,
gadis yang dulunya berpenampilan biasa-biasa sahaja, kini cukup
memikat. Masing-masing datang ‘mempromosikan’ diri kepada orang tua
Amani.
Salah seorang daripada mereka memang sudah menjadi pujaan Amani sejak
sekolah menengah lagi. Namun, yang seorang lagi hanya membuatkan dia
menyampah. Serba-serbi menyakitkan hati.
Dua pemuda itu bertekad mencari jalan untuk berhubung dengan Amani.
Kerana bimbang ada insan lain yang akan ‘potong line’, Thaqif menghantar
utusan untuk meminang Amani. Selang sehari, datang pula wakil meminang
daripada Isyraf. Sudahnya, Amani yang kebingungan. Siapa yang mahu
dipilih? Yang nyata, hanya seorang calon yang akan gembira sakan.

No comments:
Post a Comment