Wednesday, 29 October 2014

WHY DO I NEED A MAMMOGRAM?

Mammograms can often show a breast lump before it can be felt. They also can show tiny clusters of calcium called microcalcifications. Lumps or specks can be caused by cancer, fatty cells, or other conditions like cysts. Further tests are needed to find out if abnormal cells are present. WHAT HAPPENS IF MY MAMMOGRAM RESULTS ARE ABNORMAL? If the mammogram shows an abnormal area of the breast, your doctor will order additional tests offering clearer, more detailed images of that area. Although lumps are usually non-cancerous, the only way to be certain is to perform additional tests, such as an ultrasound or MRI. If further tests show that the mass is solid, your radiologist may recommend a biopsy, a procedure in which cells are removed from a suspicious area to check for the presence of cancer. Why you need an Early Detection Plan Stats11 in 8 women will be diagnosed with breast cancer in their lifetime Stats2 When breast cancer is detected early (localized stage), the 5-year survival rate is 98% RAWATAN SUSULAN SELEPAS PEMBEDAHAN PAYUDARA.. Pemeriksaan susulan secara kerap adalah amat penting serta perlu diberikan perhatian oleh para pesakit barah. Ini adalah untuk mengenal pasti serta melalui pemeriksaan samada ianya berulang kembali ataupun tidak. Sekiranya seseorang pesakit itu mengalami permasalahan seperti rasa kesakitan, batuk, kurang berselera untuk makan, berat badan yang kian menyusut, sakit kepala serta kepeningan, mereka haruslah mengambil langkah segera untuk berjumpa dengan doktor. Serangan ulangan ini kerap kalinya menjadikan organ seperti paru-paru, hepar dan tulang sebagai sasarannya. Ini adalah akibat daripada lanjutan serangan pada sasaran asalnya yakni payudara. Penyaringan terhadap payudara yang bersebelahan haruslah juga dilakukan secara kerap iatu dua tahun atau setahun sekali. Lebih-lebih lagi, jika seseorang pesakit itu menjalani pembedahan lumpektomi dan bukan mastektomi (pembuangan keseluruhan payudara tersebut) payudara, maka penyaringan mamografi pada payudara asal adalah amat mustahak. Begitu jugalah dengan pemeriksaan payudara sendiri, ianya haruslah dilakukan secara rutin yakni setiap bulan. Kepada mereka yang menjalani rawatan pemuliharan payudara seperti lumpektomi, mereka haruslah mendapatkan maklumat serta nasihat daripada pengamal perubatan mengenai kesan akibat daripada pengambilan rawatan tersebut. Sebagai contohnya, kesan penebalan serta rasa keras pada bahagian payudara selepas rawatan radioterapi kerap berlaku. Tempat parut pembedahan sesetengah orang juga boleh menebal semasa penyembuhan. Selain daripada itu, kesan serta trauma akibat daripada mengalami penyakit serta rawatan yang diambil juga tidak harus diambil ringan. Langkah seeloknya ialah mendapatkan kaunseling daripada mereka yang pakar dalam menangani permasalahan seumpama ini. Lapuran kajian yang dilakukan tidak menunjukkan keupayaan penerusan hayat seseorang pesakit sekiranya pemantauan secara kerap dan rutin dilakukan. Pemantauan seperti menggunakan kaedah pemeriksaan radiograf (bahagian dada), ultrasound (bahagian hepar) serta imbasan tetulang untuk bahagian tulang tidaklah menyumbang serta menjamin ke arah penerusan hayat. Justeru itu, pengimbasan, pemeriksaan serta pengujian darah tidaklah dilakukan kecuali jika seseorang pesakit itu menunjukkan tanda-tanda yang berkemungkinan akibat serangan berulang penyakit tersebut. Walaubagaimanapun, setiap orang (bukan pesakit kanser) yang mencecah umur 40an ke 50an harus melalui pemeriksaan perubatan untuk memelihara kesihatan dirinya. Ini kerana penyakit darah tinggi, kencing manis, sakit jantung perlu dikesan awal untuk kebaikan diri sendiri. Penyakit-penyakit tersebut merupakan punca kematian yang jauh lebih kerap dari kanser. PEMAKANAN Selepas pengesahan dilakukan, adalah penting untuk menghalang penyebaran kanser primer. Setiap hari makan banyak bahan-bahan antioxidant. Ini termasuk vtamin C, E karotenoid termasuk ‘lycopen’ dan faktor biologik yang terdapat dalam kacang, bijirin, sayur-sayuran dan buah-buah. Kurangkan lemak kepada 20-25% jumlah kalori, makan lebih karbohidrat, kurangkan gula dan makan protin sebanyak 3-4oz setiap hidangan sehari. Latihkan diri memakan berbagai jenis makanan. Pemakanan semasa rawatan Pemakanan merupakan sebahagian daripada rawatan yang lengkap. Memakan makanan yang berkhiasat boleh membantu menjayakan rawatan. Untuk mengekalkan berat badan, makan hidangan yang kecil dan kerap. Ambil protin berlebihan daripada sumber telur, ikan dan ayam dan sekira perlu serbuk protin tambahan digalakkan. Kurangkan hidangan tenusu jika ada masaalah penghazaman Sebagai contoh, cirit-birit boleh terjadi akibat alahan laktos, tairu kultur atau keju keras sepatutnya tidak menjadi masalah. Hindari daripada makanan berempah atau makanan yang menghasilkan gas seperti kacang separuh masak dan sayur-sayuran yang berlebihan daripada keluarga kobis untuk menghindari masaalah tidak selesa perut. Pemakanan semasa pemulihan Pemakanan semasa pemulihan adalah seperti pemakanan pencegahan tetapi menekankan kepada zat pemakanan seperti beta carotene, vitamin K,C, E, selenium dan zinc. Mulakan produk tenusu secara perlahan. Sertakan antioxidant bersama vitamin dan zat galian setiap hari. Galakkan 5-8 hidangan buah-buahan dan sayuran setiap hari. Cadangan pemakanan semasa rawatan kanser 1) Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan 2) Kurangkan pengambilan lemak terutama lemak sumber haiwan 3) Kurangkan gula 4) Sentiasa cergas dan kurangkan tekanan 5) Kekalkan berat badan pada paras yang sihat dan bersesuaian 6) Kurangkan minuman beralkohol 7) Minum air sebanyak 10-12 cawan sehari 8) Ambil pemakanan tambahan jika perlu 9) Pastikan anda memakan makanan seimbang walaupun anda menjalani rawatan yang berlainan

No comments:

Post a Comment