Thursday, 27 June 2013

Gambar Animasi Gambar Bunga Bergerak

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgStJeXSHCYiR5sjWwSgjBz_1c4mmm37JT9kZcgHBLE8ZE-9UzddBLKYm8pr77QIjWPcR7mVjn-BTIYE3cCdnkN97fgYbk6by0QFArmd8sbu5Oe30DFBhN0wijg4ynyKcM_qwhaQJzlfjg/s1600/cg_flower_01_idle_01_bergoyang.gif         https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxYe-Ui30-WUHXV42mAEREeSRsOKMLjDN2eKdkn55vf2cj-2s7lJfKRENHIF_4BtHCFRqg2csXVNjxssWYYzCpVktHq9QBwlUzkwQEktkr8lYzbZB97mYPZasVreyUrZXzqSrZfWtLmjk/s1600/dragonfly_on_flower.gif
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwGbcJoy17fZKY-MaNlZsW0ky71LvnLfDXDVZ9KR-y4-_cKEUzY5ZyR0VG0BoBdMV9OXQhZL12wvRn-EfsvbQA_bwlFuLzh2rY0HUMTSq39bu1gouGG8P7pfGayEjEOnTsqfBpjdaCXpo/s1600/blooming_flower_dengan-pot-nya.gifhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjB3G6_72m6wjRcf9G3QULWmAdGU0dxOnZtvhuR3JCRlE7PgDYJfGs9lgv0VOGgLf4eThgO-DEk261ev5rIv0qbrTfQSqGGEDODmjIntWw8LnyJcw4eqpuJnKWsS7Lp8GN1nkc6N-H1igI/s1600/orkut-flower-scraps-berlampu.gif

TEDUHAN KASIH

Episode akhir Teduhan Kasih




Assalammualaikum,

Ramai betul nak tahu ending Teduhan Kasih kan.
Sebelum tu, I nak maklumkan yang sinopsis ni adalah berdasarkan novel. Ikutkan plot drama Teduhankasih, terdapat beberapa perubahan yang mana tak sama seperti novel.

Sinopsis:
Ayu berterusan cuba memikat Ehsan walaupun rancangan asyik gagal. Hinggakan sanggup membiarkan Ryzal bersendirian. Ryzal pula mengalami kemalangan dan parah. Akhirnya dia meninggal dunia tanpa mengetahui yang Adam adalah anaknya. Makcik Hanim terkejut bila Ehsan memberitahunya yang Adam bukan anak kandungnya. Disebabkan rasa sesal yang amat sangat dan sedih atas kehilangan Ryzal, Ayu menjadi gila. Iffa tetap melawat Ayu yang pernah menjadi sahabat baiknya satu ketika dulu.
Kak long pula tak habis-habis terima tamparan hebat. Dahla diturunkan pangkat oleh Ehsan sebab hina Adam,maknya pula sakit, suaminya pula telah berkahwin dengan perempuan lain di Siam.

Iffa dan Ehsan melayari kehidupan yang bahagia. Nak tergelak baca bila Ehsan yang mengalami muntah-muntah bila Iffa mula mengandung.
Ending-Diorang bahagia dengan baby kembar, Husna dan Aishah

Ada yang mengatakan yang Ehsan akan sakit di hujung cerita nanti. Betulke? Ke Imaginasi je..

Sunday, 21 April 2013

oH MY ENGLISH

                   
                   
                    Udin : Kentut dalam Bahasa Inggeris apa cikgu?
                    Cikgu : Wind of change.

                    Udin : Kentut yang tidak bunyi?
                    Cikgu : Sound of silence.

                    Udin : Kentut yang tak disengaja?
                    Cikgu : Careless whisper.

                    Udin : Kentut yang terhimpit?
                    Cikgu: Please release me.

                    Udin : Kentut yang bau sangat?
                    Cikgu : Killing me softly.

                    Udin : Kentut di malam hari?
                    Guru : Wonderfull tonight.

                    Udin : Orang yang sering kentut?
                    Cikgu: No body but you.

Wednesday, 17 April 2013

MUMTAJ MAHAL

Shah Jahan who built the Taj Mahal, a wondrous monument built in dedication to love, beauty, and life of Mumtaz Mahal, had succeeded in his lifetime his dire wish to immortalize the name of Mumtaz Mahal, his third wife. Such is the esteem of Mumtaz Mahal that she is known by one and all, who've ever heard of Taj Mahal. Born in 1593 as Arjumand Banu Begum, she was the daughter of Abdul Hasan Asaf Khan and a princess from the Persian nobility. So enthralling was her beauty that Shah Jahan (then Prince Khurram) fell in love with her at the first sight. It was in 1607 that she was betrothed to Prince Khurram and soon became the unquestionable love of his life. Five years later in 1612, their marriage was solemnized and from then on, started one of the most popular love stories of the world. Although she was one of the three wives of Shah Jahan, she was his favorite. He even bestowed her with the name Mumtaz Mahal meaning "Jewel of the Palace", and the highest honor of the land - the royal seal, Mehr Uzaz.

Mumtaz Mahal had a very deep and loving marriage with Shah Jahan. Even during her lifetime, poets would extol her beauty, gracefulness and compassion. She was his trusted companion and traveled with him all over the Mughal Empire. Although Mumtaz was one amongst the three wives Shah Jahan had had, other two being Akbarabadi Mahal and Kandahari Mahal, according to the official court chronicler Qazwini, the relationship with his other wives "had nothing more than the status of marriage. The intimacy, deep affection, attention and favor which His Majesty had for the Cradle of Excellence (Mumtaz) exceeded by a thousand times what he felt for any other". It is believed that she was the perfect wife and portrayed no aspirations of political power. Apart from counseling and supporting her husband, and playing the role of a lovable wife to Emperor Shah Jahan, it is believed that she also watching elephants and combat fights performed for the court and even devoted some time to a riverside garden in Agra.

It was in 1630 that Mumtaz Mahal accompanied Shah Jahan who was fighting a campaign in the Deccan Plateau. Little did she know that this was the last journey that she would ever take as soon after, she died in 1631, while giving birth to their 14th child, and left for the holy abode. It is believed that such was the level of devastation that Shah Jahan was inconsolable. Although her remains were buried in Burhanpur, it wasn't permanent as Shah Jahan, had decided to build the world's richest mausoleum in memory of his Jewel, i.e. Mumtaz. It took her husband 22 years and most of his royal treasury to build a monument befitting the memory of his beloved wife. Now, in the name of Mumtaz Mahal stands the most beautiful building in the universe and that monument of love, purity and unparalleled beauty is called the Taj Mahal.
Mumtaz Mahal

Tuesday, 16 April 2013

work-from-home: PUNCA AKIBAT SIMPUL BIAWAK

work-from-home: PUNCA AKIBAT SIMPUL BIAWAK: Kekejangan Otot (Sumber illustrasi: http://cheezburger.com/3181154816) Juga dikenali sebagai ‘muscle spasm/cramp’ da...

Monday, 15 April 2013

Kisah Sebenarnya Saya Isteri Dia



 http://1.bp.blogspot.com/-VTMA2a31GvY/UWow_bmVOcI/AAAAAAAAjv8/pjA3y2pxaQ8/s1600/sebenarnya+aku+isteri+dia+blog+3+dalam+1.jpg
Sebenarnya Saya Isteri Dia

Sebenarnya, Saya Isteri Dia! ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan pada setiap hari Jumaat di TV3 menerusi slot Zehra mulai 29 Mac 2013. Drama arahan Raja Ahmad Alauddin ini merupakan drama adaptasi dari novel "Sebenarnya, Saya Isteri Dia!" terbitan Karya Seni yang ditulis oleh Zura Asyfar. Teraju utama untuk drama ini ialah Tiz Zaqyah dan Izzue Islam.
Sinopsis drama
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah. 

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Monday, 8 April 2013

RASA PALING INDAH

Sopan santun, lemah lembut, tinggi pengetahuan agama, rapat dengan keluarga dan tidak suka berkawan dengan lelaki. Inilah kombinasi lima ciri-ciri utama yang menjadi paksi pada keperibadian Amani.
Kedatangan Amani ke sebuah majlis perkahwinan bersama ibu bapanya telah menguntumkan senyuman dua jejaka. Dirinya menjadi halwa mata kepada Isyraf dan Thaqif. Mereka berdua tidak menyangka setelah jarang bertemu, gadis yang dulunya berpenampilan biasa-biasa sahaja, kini cukup memikat. Masing-masing datang ‘mempromosikan’ diri kepada orang tua Amani.

Salah seorang daripada mereka memang sudah menjadi pujaan Amani sejak sekolah menengah lagi. Namun, yang seorang lagi hanya membuatkan dia menyampah. Serba-serbi menyakitkan hati.

Dua pemuda itu bertekad mencari jalan untuk berhubung dengan Amani. Kerana bimbang ada insan lain yang akan ‘potong line’, Thaqif menghantar utusan untuk meminang Amani. Selang sehari, datang pula wakil meminang daripada Isyraf. Sudahnya, Amani yang kebingungan. Siapa yang mahu dipilih? Yang nyata, hanya seorang calon yang akan gembira sakan. 


Gambar siapakah ini?



Cuba teka siapakah orang ini.........

Wednesday, 27 March 2013

GUNUNG BERAPI TUNGURAHUA DI ECUADOR

 



Gunung Berapi Tungurahua di Ecuador Berkemungkinan Meletup

11/03/2013 12:36:00

Pihak berkuasa Ecuador mula mengeluarkan arahan berjaga-jaga kepada penduduk setempat ekoran kemungkinan gunung berapi Tungurahua akan meletup.
Ia selepas gunung berapi berkenaan mula aktif mengeluarkan gas dan debu.
Masuk hari kedua hari ini kesemua aktiviti dikawasan sekitar dikurangkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Arahan sama turut dikeluarkan kepada pengunjung yang ingin ke kawasan berkenaan.
Menurut laporan media debu dan asap tebal dapat dilihat sejauh dua kilometer.
Dengan ketinggian mencecah lima ribu meter Tungurahua adalah salah satu daripada lapan gunung berapi Ecuador yang masih aktif.

RINDU BERTAMU DI ABU DHABI

 
 Drama bersiri ini mengisahkan tentang Firdaus (Fahrin Ahmad) yang telah membawa diri ke bumi asing di Abu Dhabi akibat sebuah fitnah ke atasnya. Kejadian tersebut bukan sahaja menghancurkan kepercayaan Haji Ilham terhadap anaknya, Firdaus malah juga memisahkan dua hati yang bakal disatukan. Firdaus terpaksa memutuskan talian pertunangan dengan Fatin (Fouziah Gous) dan meninggalkan keluarganya. 

Kini, Firdaus mempunyai sebuah kerjaya yang boleh dibanggakan di kota Abu Dhabi sebagai seorang jurutera kanan. Selama 5 tahun, Firdaus hidup tenang di sisi isterinya, Ain Farohah (Tasha Shila) dan bakal menerima cahaya mata pertama tetapi hatinya sering terusik dengan kenangan silam. Ain pula menyimpan rahsia tentang kandungannya kerana tidak mahu mengecewakan Firdaus dan sanggup mengambil risiko untuk melahirkan anak mereka. 

Penyatuan antara Firdaus dan Ain bermula dengan sebuah fitnah yang dirancangkan oleh Faiz (Shahrizal Jaszle) yang tidak pernah berpuas hati dengan abang angkatnya dimana Firdaus lebih disayangi oleh  Haji Ilham (Dato’ Rahim Razali) dan Hajah Kirana (Lidyawati). Hakikatnya Firdaus hanyalah bayi terbiar yang dijumpai oleh Haji Ilham dan Hajah Kirana yang inginkan anak selepas beberapa tahun berkahwin. Kebaikan dan kecerdikan Firdaus telah menjadi anak emas dan harapan kepada Haji Ilham sehinggalah kes khalwat yang telah memusnahkan segala-galanya. 

Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz dimana mereka berdua telah ditangkap khalwat dengan keadaan tidak sedar diri dalam bilik. Lantaran itu, Haji Ilham telah menghalau Firdaus keluar dari rumahnya dan tidak membenarkan sesiapa pun mengungkit tentangnya. Ibu Ain pula meninggal dunia akibat tekanan kes khalwat itu. Ain telah hilang tempat bergantung manakala adiknya, Mira (Elyssa Murni) menyalahkannya atas segala yang berlaku. Firdaus berasa dia patut bertanggungjawab atas Ain. Oleh itu, Firdaus dengan berat hatinya memutuskan tali pertunangan dengan Fatin. 

Firdaus telah menikahi Ain Farohah dalam keadaan yang amat sederhana. Semuanya diatur secara senyap-senyap oleh Hajah Kirana yang percaya dan yakin anaknya tidak bersalah. Acara pernikahan Firdaus dan Ain hanya disaksikan oleh Hajah Kirana dan adik bongsunya, Fareez (Aiman Hakim Ridza). 

Walaupun sudah 5 tahun, nama Firdaus masih menjadi larangan dalam keluarga Haji Ilham. Hajah Kirana dan neneknya, Mak Piah (Kismah Johar) tidak dapat menahan rindu terhadap Firdaus. Mereka hanya menaruh harapan bahawa satu hari nanti hati Haji Ilham akan lembut dan menerima semula Firdaus. 

Faiz pula berasa puas hati dengan keadaan sekarang kerana kehadiran Firdaus dalam keluarganya akan menggugat kedudukannya sebagai waris yang patut mengambil alih syarikat Haji Ilham. Bagi Faiz, Firdaus hanyalah anak pungut yang menumpang kasih sayang daripada ibu bapanya. Faiz yang hanya tahu berjoli dan menghabiskan duit bersama teman wanitanya, Fifi (Syatila Melvin) memulakan rancangannya untuk menguasai perniagaan Haji Ilham. 

Apabila Mak Piah jatuh sakit dan keadaannya semakin tenat, Fareez telah bertolak ke Abu Dhabi untuk menjejaki abangnya bagi memenuhi hasrat neneknya yang mahu berjumpa dengan Firdaus sebelum meninggal dunia. Firdaus terkejut dengan kemunculan Fareez tetapi ego telah mengatasi segalanya dan Firdaus masih belum bersedia untuk pulang ke Malaysia. 

Haji Ilham pula menetapkan syarat bahawa Faiz perlu berumah tangga dahulu sebelum syarikat itu  diserahkan sepenuhnya kepada Faiz. Sementara ketiadaan Firdaus, Fatin merupakan orang yang amat dipercayai oleh Haji Ilham dalam urusan hal ehwal syarikat itu. 

Kisah nya bersambung................

TANGGANG AYU

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6eNLKyqNdh-p54GseH0yzto8L3f4DeL6x__7tV7JeQlWbkuB4VwWQDpam4zqag_k8bxzLH4YhhxPgyrKCeSmj7AJvOLz6JJKZiyZVpMDKywl0dK4fqBurK0B2qAvgqea3sgtCeutFgW7x/s1600/tanggang+ayu.jpg


Anak jirannya maki jiran yang sebelah sebab arwah lakinya perompak dah mati sebab ditembak polis....arwah suami si yang dimaki pula  pernah tolong keluarga dia...
bukan main kurang ajr lagi si anak dengan si emak kerana emaknya mempertahankan si isteri arwah.....

Si isteri yang suaminya baru mati kene tembak tadi pun keluar kampung......
So si isteri ini tadi dapatlah bilik sewa yang dimiliki oleh sepasang suami isteri.....
Pergh.......si isteri pemilik rumah tadi bukan main jahat lagi dengan si balu malang ini......
dah la kawan tu ada anak.....tak dipikirnya.......boleh menipu lagi dengan mengatakan sewa bilik sampai RM200 sedangkan sewa bilik hanya RM50 sahaja....
banyak Pengajaran yang kita dapat dalam 20 minit menonton cerita Tanggang Ayu ini..... Antaranya :
  • Inilah sifat orang melayu kita......benda baik dia tidak akan ingat...benda jahat sahaja yang disukai.....
  • Suka menjatuhkan hukuman sendiri dengan mengata orang tu teruk orang ini salah...sedang diri sendiri tak nampak.....
  • kalau salah seorang ahli keluarga kita yang buat jahat bermakna satu keluarga kita jahat.....
  • kalau dah cemburu datang......sanggup membuat orang lain merana tanpa memikirkan kesan kepada orang lain yang tidak bersalah..ada kes sampai sanggup membunuh dalam diam.....
  • Sembahyang cukup...puasa cukup.....haji dah pergi...masjid pergi...tapi menyimpan hasad dengki dan berfikir cetek demi kuasa dan pangkat yang dia ada sebab dia orang kuat masjid..cakap dia yang betul siap berhadis dan bersunnah sedangkan dia tidak melakukan sesuatu dengan ikhlas...
Siapa yang sanggup nak tengok boleh la layan cerita ini setiap selasa jam 5.00 petang di astro prima (105) ulangan cerita jam 9.15 mlm. lepas poyo-poyo kilauan emas tak berkilau pun........

Sunday, 17 March 2013

Gambar bergerak-gerak relexkan mata

janagan minum ni........bahaya, kandungan gula terlalu tinggi
relaxing animated gif 08 gifrelaxing animated gif 10 gif
                                                                     
                                                                        Ha ini sedap.....minum petang  sama biskut.

Gambar untuk merehatkan mata anda



relaxing animated gif 02 gif

Gambar Air  waktu malam...



relaxing animated gif 04 gif
 Apa yang tumpah ni.........

Thursday, 14 March 2013

AYAH DAN IBU

Ayah  dan  Ibu  ............
Apabila Aku Merindu mu
Ketatap gambar ayah dan ibu
Keperitan mu kegigihan mu membesarkan ku         
Menjadi nostalgia dalam hidup ku
Kau dakap anak anak mu 
Pelukkan mu tetap menjadi kerinduan ku

Anak-anak mu 
Berapa kali kah mendakap ayah dan ibu........
Kini ayahku telah pergi
Ibu menanti hari ........
Untuk bertemu ayahku........
Marilah kita bersama-sama menjaga ibu
Yang semakin hari dimamah usia 
Doakan ibu sentiasa tabah bersama waktu
Kami anak-anak sentiasa mendoakan mu.....


Monday, 25 February 2013

KISAH NABI DAN RASUL


Nabi dan Rasul adalah manusia-manusia pilihan yang bertugas memberi petunjuk kepada manusia tentang keesaan Allah SWT dan membina mereka agar melaksanakan ajaran-Nya. Ciri-ciri mereka dikemukakan dalam Al-Qur’an,

Di dunia ini telah banyak Nabi dan Rasul telah diturunkan, tetapi yang wajib diketahui oleh umat Islam adalah sebanyak 25 Nabi dan Rasul, yaitu :

"... ialah orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah. Mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan." (Q.S. Al Ahzab : 39).
Perbedaan antara Nabi dan Rasul adalah : seorang Nabi menerima wahyu dari Allah SWT untuk dirinya sendiri, sedangkan Rasul menerima wahyu dari Allah SWT guna disampaikan kepada segenap umatnya. Para Nabi dan Rasul mempunyai 4 sifat wajib dan 4 sifat mustahil, serta satu sifat jaiz, yaitu : 
1.Shiddiq (benar), Mustahil ia Kizib (dusta).
2.Amanah (dapat dipercaya), mustahil Khianat (curang).
3.Tabliqh (Menyampaikan wahyu kepada umatnya), Mustahil Kitman (menyembunyikan Wahyu).
4.Fathonah (Pandai/cerdas), Mustahil Jahlun (Bodoh).
5.Bersifat jaiz yaitu Aradhul Basyariyah (sifat-sifat sebagaimana manusia).

Nabi Adam as
Nabi Idris as                                                       
Nabi Nuh as
Nabi Huud as
Nabi Shaleh as
Nabi Ibrahim as
Nabi Ismail as
Nabi Luth as
Nabi Ishaq as
Nabi Ya’qub as
Nabi Yusuf as
Nabi Syu’aib as
Nabi Ayyub as
Nabi Dzulkifli as
Nabi Musa as
Nabi Harun as
Nabi Daud as
Nabi Sulaiman as
Nabi Ilyas as
Nabi Ilyasa as
Nabi Yunus as
Nabi Zakaria as
Nabi Yahya as
Nabi Isa as
Nabi Muhammad saw


Sunday, 24 February 2013

AYAH DAN IBU


Ayah ku bernama Hassan bin Molok dilahirkan di Batu Pahat, Johor.  Ayah ku keturunan Bugis campus banjar.  Ibu ku pula dilahirkan di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor . Asal usul ibu ku dari Banjar Masin dan Nenek ku dari Pulau Madura , Indonesia.

Kami semua dilahirkan di Kampung Seri Dayong, Sri Medan, Batu Pahat, Johor.  Semua kelahiran kami di rumah melainkan adik kami yang bungsu (Anak ke 10 ) lahir di Hospital Muar, Johor.

Semasa kami kecil kehidupan kami sederhana kerana pada zaman itu Ayah dan Ibu bekerja sebagai Penoreh Getah.  Bila waktu cuti sekolah kami membantu Ayah dan Ibu.  Diwaktu petang Ayah ku sebagai Tukang Gunting Rambut di KedaI gunting rambut Atok kami yang bernama Molok bin Anang Achil.