Wednesday, 29 October 2014
UNTUK PERHATIAN KELUARGAKU
Isu Saikoloji & Emosi: Bagaimanakah Harus Saya Menangani Kanser Payudara?
Bagaimanakah harus saya menghadapinya? Ini adalah persoalan yang harus dijawab oleh seseorang individu yang menghidapi kanser payudara. Seseorang yang menghidap penyakit ini pastinya terpaksa berhadapan dengan krisis pada beberapa peringkat menangani penyakit tersebut.
Pertamanya ialah apabila dimaklumkan bahawa mereka mengalami penyakit tersebut, kemudiannya sewaktu memulakan siri rawatan. Mereka juga akan menghadapi saat-saat yang memilukan apabila dimaklumkan rawatan yang diberikan tidak menunjukkan maklum balas yang memberangsangkan. Tidak itu sahaja, malah bagi mereka yang berjaya menjalankan rawatan serta pulih juga terpaksa berhadapan dengan kemungkinan serangan yang berulang.
Dalam menghadapi situasi sedemikian, tiada perkataan yang tepat dapat digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang individu tersebut. Mereka seolah terhumban ke dalam dunia kenestapaan. Dalam keadaan ini, mereka akan diburu dengan pelbagai perasaan yang negatif seperti hilang rasa keyakinan pada diri sendiri, terkejut, rasa tidak ketentuan terhadap masa depan mereka dan sebagainya. Waktu-waktu sebeginilah, mereka harus berusaha untuk mendapatkan bantuan serta sokongan daripada kumpulan sukarelawan seperti Persatuan Kebajikan Kanser Payudara di Malaysia serta rakan taulan, saudara mara serta keluarga mereka sendiri.
Adalah juga penting untuk seseorang individu yang mengalami penyakit ini mendapatkan pelbagai maklumat dalam menanganinya. Pastikan jugalah anda mendapatkan rawatan kesihatan yang terbaik dan jangan sekali-kali merasa takut untuk menjalankan rawatan dalam usaha memulihkan penyakit anda. Anda juga tidak haruslah berasa segan ataupun malu untuk mendapatkan kauseling profesional dalam membantu anda menangani masalah ini. Dengan bersikap secara positif, ianya akan menyumbang serta membantu anda dalam usaha untuk sembuh seperti sediakala.
Sewaktu menjalani rawatan, komunikasi di antara anda dan pengamal perubatan serta pasukannya (teamwork) yang menguruskan anda adalah amat penting. Keupayaan serta penyediaan psikologi anda turut mempengaruhi respon serta sikap anda kepada rawatan yang dijalankan. Pastikan jugalah anda mendapatkan nasihat dan kaunseling daripada pakar kaunseling payudara yang terlatih. Mereka mempunyai peranan penting serta berupaya untuk membantu anda dalam waktu-waktu yang getir ini.
Rasa ketakutan sewaktu mengalami penyakit ini tidaklah dapat disangkal mahupun dinafikan. Anda pastinya terfikir bagaimanakah kelak kehilangan payudara memberi kesan kepada hubungan anda dengan pasangan anda. Bagi mereka yang belum berkahwin pula, akan terfikirlah bagaimanakah pula respon serta sikap bakal pasangan hidup mereka terhadap bentuk fizikal mereka. Begitu jugalah dengan hubungan mereka dengan keluarga dan sahabat mereka ataupun mengenai jenis pakaian yang seeloknya dipakai oleh mereka. Semua ini bolehlah dibawa berbincang dengan kaunselor payudara ataupun kawan/ahli keluarga mereka yang rapat.
Sesuatu yang penting ialah anda tidaklah harus disogokkan dengan harapan-harapan palsu. Malah, anda haruslah dimaklumkan akan kesan sampingan serta darjah ketidaksempurnaan hasil daripada menjalani pembedahan, kemoterapi ataupun radioterapi.
Pemulihan fizikal selepas menjalani pembedahan termasuklah pemulihan kekuatan fizikal dan keupayaan untuk kembali kepada aktiviti sebelum mengalami penyakit ini. Tidak ketinggalan juga ialah keupayaan untuk menangani pemasalahan emosional serta yang berkait dengannya. Ini termasuklah menangani perasaan kehilangan payudara serta pengalaman menghadapi penyakit yang serius seumpama ini. Dalam keadaan ini, mendapatkan nasihat serta kaunseling adalah penting.
Sesuatu yang harus kita berikan perhatian ialah bahawa penyakit ini tidaklah semata-mata memberikan kesan emosional kepada pesakit sahaja tetapi juga keluarga serta individu yang rapat dengan mereka. Mereka sebenarnya turut merasai bersama kepahitan para pesakit dalam menangani penyakit ini. Dan mereka-mereka ini juga haruslah mendapatkan nasihat serta kaunseling profesional dalam menghadapi saat-saat mencabar ini.
WHY DO I NEED A MAMMOGRAM?
Mammograms can often show a breast lump before it can be felt. They also can show tiny clusters of calcium called microcalcifications. Lumps or specks can be caused by cancer, fatty cells, or other conditions like cysts. Further tests are needed to find out if abnormal cells are present.
WHAT HAPPENS IF MY MAMMOGRAM RESULTS ARE ABNORMAL?
If the mammogram shows an abnormal area of the breast, your doctor will order additional tests offering clearer, more detailed images of that area.
Although lumps are usually non-cancerous, the only way to be certain is to perform additional tests, such as an ultrasound or MRI. If further tests show that the mass is solid, your radiologist may recommend a biopsy, a procedure in which cells are removed from a suspicious area to check for the presence of cancer.
Why you need an
Early Detection Plan
Stats11 in 8 women will be diagnosed with breast cancer in their lifetime Stats2 When breast cancer is detected early (localized stage), the 5-year survival rate is 98%
RAWATAN SUSULAN SELEPAS PEMBEDAHAN PAYUDARA..
Pemeriksaan susulan secara kerap adalah amat penting serta perlu diberikan perhatian oleh para pesakit barah. Ini adalah untuk mengenal pasti serta melalui pemeriksaan samada ianya berulang kembali ataupun tidak. Sekiranya seseorang pesakit itu mengalami permasalahan seperti rasa kesakitan, batuk, kurang berselera untuk makan, berat badan yang kian menyusut, sakit kepala serta kepeningan, mereka haruslah mengambil langkah segera untuk berjumpa dengan doktor. Serangan ulangan ini kerap kalinya menjadikan organ seperti paru-paru, hepar dan tulang sebagai sasarannya. Ini adalah akibat daripada lanjutan serangan pada sasaran asalnya yakni payudara.
Penyaringan terhadap payudara yang bersebelahan haruslah juga dilakukan secara kerap iatu dua tahun atau setahun sekali. Lebih-lebih lagi, jika seseorang pesakit itu menjalani pembedahan lumpektomi dan bukan mastektomi (pembuangan keseluruhan payudara tersebut) payudara, maka penyaringan mamografi pada payudara asal adalah amat mustahak.
Begitu jugalah dengan pemeriksaan payudara sendiri, ianya haruslah dilakukan secara rutin yakni setiap bulan. Kepada mereka yang menjalani rawatan pemuliharan payudara seperti lumpektomi, mereka haruslah mendapatkan maklumat serta nasihat daripada pengamal perubatan mengenai kesan akibat daripada pengambilan rawatan tersebut. Sebagai contohnya, kesan penebalan serta rasa keras pada bahagian payudara selepas rawatan radioterapi kerap berlaku. Tempat parut pembedahan sesetengah orang juga boleh menebal semasa penyembuhan.
Selain daripada itu, kesan serta trauma akibat daripada mengalami penyakit serta rawatan yang diambil juga tidak harus diambil ringan. Langkah seeloknya ialah mendapatkan kaunseling daripada mereka yang pakar dalam menangani permasalahan seumpama ini.
Lapuran kajian yang dilakukan tidak menunjukkan keupayaan penerusan hayat seseorang pesakit sekiranya pemantauan secara kerap dan rutin dilakukan. Pemantauan seperti menggunakan kaedah pemeriksaan radiograf (bahagian dada), ultrasound (bahagian hepar) serta imbasan tetulang untuk bahagian tulang tidaklah menyumbang serta menjamin ke arah penerusan hayat. Justeru itu, pengimbasan, pemeriksaan serta pengujian darah tidaklah dilakukan kecuali jika seseorang pesakit itu menunjukkan tanda-tanda yang berkemungkinan akibat serangan berulang penyakit tersebut.
Walaubagaimanapun, setiap orang (bukan pesakit kanser) yang mencecah umur 40an ke 50an harus melalui pemeriksaan perubatan untuk memelihara kesihatan dirinya. Ini kerana penyakit darah tinggi, kencing manis, sakit jantung perlu dikesan awal untuk kebaikan diri sendiri. Penyakit-penyakit tersebut merupakan punca kematian yang jauh lebih kerap dari kanser.
PEMAKANAN
Selepas pengesahan dilakukan, adalah penting untuk menghalang penyebaran kanser primer. Setiap hari makan banyak bahan-bahan antioxidant. Ini termasuk vtamin C, E karotenoid termasuk ‘lycopen’ dan faktor biologik yang terdapat dalam kacang, bijirin, sayur-sayuran dan buah-buah. Kurangkan lemak kepada 20-25% jumlah kalori, makan lebih karbohidrat, kurangkan gula dan makan protin sebanyak 3-4oz setiap hidangan sehari. Latihkan diri memakan berbagai jenis makanan.
Pemakanan semasa rawatan
Pemakanan merupakan sebahagian daripada rawatan yang lengkap. Memakan makanan yang berkhiasat boleh membantu menjayakan rawatan. Untuk mengekalkan berat badan, makan hidangan yang kecil dan kerap. Ambil protin berlebihan daripada sumber telur, ikan dan ayam dan sekira perlu serbuk protin tambahan digalakkan. Kurangkan hidangan tenusu jika ada masaalah penghazaman Sebagai contoh, cirit-birit boleh terjadi akibat alahan laktos, tairu kultur atau keju keras sepatutnya tidak menjadi masalah. Hindari daripada makanan berempah atau makanan yang menghasilkan gas seperti kacang separuh masak dan sayur-sayuran yang berlebihan daripada keluarga kobis untuk menghindari masaalah tidak selesa perut.
Pemakanan semasa pemulihan
Pemakanan semasa pemulihan adalah seperti pemakanan pencegahan tetapi menekankan kepada zat pemakanan seperti beta carotene, vitamin K,C, E, selenium dan zinc. Mulakan produk tenusu secara perlahan. Sertakan antioxidant bersama vitamin dan zat galian setiap hari. Galakkan 5-8 hidangan buah-buahan dan sayuran setiap hari.
Cadangan pemakanan semasa rawatan kanser
1) Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan
2) Kurangkan pengambilan lemak terutama lemak sumber haiwan
3) Kurangkan gula
4) Sentiasa cergas dan kurangkan tekanan
5) Kekalkan berat badan pada paras yang sihat dan bersesuaian
6) Kurangkan minuman beralkohol
7) Minum air sebanyak 10-12 cawan sehari
8) Ambil pemakanan tambahan jika perlu
9) Pastikan anda memakan makanan seimbang walaupun anda menjalani rawatan yang berlainan
HUMAN LIBRARY
What is the Human Library?
The Human Library is an innovative method designed to promote dialogue, reduce prejudices and encourage understanding.The main characteristics of the project are to be found in its simplicity and positive approach.
In its initial form the Human Library is a mobile library set up as a space for dialogue and interaction. Visitors to a Human Library are given the opportunity to speak informally with “people on loan”; this latter group being extremely varied in age, sex and cultural background.
The Human Library enables groups to break stereotypes by challenging the most common prejudices in a positive and humorous manner. It is a concrete, easily transferable and affordable way of promoting tolerance and understanding.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Hari ini aq ingin menceritakan kisahku dalam blog ini mengenai bagaimana bermulanya aku mgnhidap brest cancer.
Sebenarnya usia di awal empat puluhan sudah ada lump. Memogram pertama di Hospital Selayang Tahun 2003. Pada masa itu doktor nak buat diagnosis....... aq tak sanggup melihat jaraum besar mencucuk ku , oleh itu aq lari balik rumah.
Aq andaikan itu bukan cancer hanya sis sahaja. So aq mengamalkan setiap hari menelan "Primose Oil" kononnya boleh mencegah cancer. Apa yang berlaku kesuburan aq menunjukkan positive...dan di awal empat puluhan dan pertengan empat puluhan aq mengandung anak ke 7 dan anak ke 8 . Anak ke 7 sekarang berada dalam Tingkatan 2 di Sekolah Menengah.
anak yang ku Kandung pada umur 45 th hanya 4 bulan sahaja dan oleh kerana pendarahan aku bersetuju dengan arahan doktor supaya kandungan digugurkan secara pembedahan dan merancang secara ikat dan potong saluran peranakan sebelah kanan. Umur 50 an aq dah tak selesa dengan bahu tangan sebelah kiri ada benjolan tak bermata tetapi tidak sakit hanya ganggu perjalanan urat darahku. Oleh kerana saiz benjolan bertambah besar aq pun datang ke Hospital Putrajaya dan tanpa membuat diagnosis terlebih dahulu pihak Hospital telah membedah tempat itu dan benjolan itu adalah lympoma iaitu sejenis ketumbuhan yang tidak merbahaya. Selepas 2 bulan daripada operation tersbut payu dara kiri pula ada benjolan.....dan makin lama makin bertambah saiz payudara aq berbeza ngan sebelah kanan.
Hati ku mula terasa sesuatu....dan gelisah memandangkan didalam hatiku berkata adakah aq mengidap cancer . Aq pun datang ke Klinik Kesihatan Presint 9 Putrajaya dan klinik menyediakan surat supaya aq refer ngan Doktor Pakar di Hospital Putrajaya. Dalam bulan yang sama pada Oktober 2014 pemeriksaan secara Memogram dan ultrasound. Pada Awal November diagnosis dan keputusan seminggu selepas itu iaitu pada 10 Oktober 2011 Doktor Pakar menjelaskan bahawa sah benjolan itu adalah cancer. Aq menangis hiba dan disaat itu juga darah ku tinggi sampai 170 .....
Doktor syorkan pada hari itu juga Aq masuk wad 3B dan pada 12/11/2011 Aq akan dibedah.
Cerita ku akan bersambung seterusnya.... di new post.
WHAT IS A MAMMOGRAM?
A mammogram is an x-ray that allows a qualified specialist to examine the breast tissue for any suspicious areas. The breast is exposed to a small dose of iodizing radiation that produces an image of the breast tissue.
Tuesday, 15 July 2014
Flora 2014 di Putrajaya kurang menarik pada tahun ini.
work-from-home: Lukisan Ku mengikut perasaan dalam hati dan mengim...
work-from-home: Lukisan Ku mengikut perasaan dalam hati dan mengim...: Lukisan akan menjadi Indah keika dalam kesunyian, ketenangan, mengimbau kembali persekitaran yang pernah dilihat dimasa lalu.
Monday, 14 July 2014
Kenduri di Kampung Banjar & Jawa
Baru-baru ini aku balik ke Kampung ku di Sri Dayong, Sri Medan , Batu Pahat, Johor. Sepupu aku kahwin dengan orang bandar Batu Pahat. Pak Chik aku banjar, makChik aku Jawa............ sebelah Pakchik aku orang banjar sebelah makchik orang jawa. Macam -macam cerita yang dibicarakan . Ada seorang makchik aku tu puhh memang terror betul la.....Lepas sembang cakap banjar dia sembang cakap jawa pula ..tetiba je Pakchik aku cakap "Tuh Diang Saparunduman" . Aku heran "Apa yang saparunduman ????" Aku tanya dengan makchik aku yang terror banjar & jawa tu..... Dia kata "saparunduman tu macam serumpun....katalah buah petai ada banyak tangkai ha tu saparunduman..... tapi kalau sekumpulan adik beradik "sapaadingan" anak beranak "saparanakkan" .
Lepas tu aku nak mengingat bahasa banjar tu aku kana berpadah awan kulaan ku... aku pun saja-saja berpadah amun beraretan tu apanya....tahuwam.....sama ai awan berboretan....Eh taklah......
Jawa aku kurang arif..sebab aku jarang-jarang berucap awan orang jawa...walhal laki ku orang jawa +Melayu. Tapi laki ku jarang cakap jawa...... jawa celup je..

KULAAN BANJAR DI BULAN PUASA

Lepas tu aku nak mengingat bahasa banjar tu aku kana berpadah awan kulaan ku... aku pun saja-saja berpadah amun beraretan tu apanya....tahuwam.....sama ai awan berboretan....Eh taklah......
Jawa aku kurang arif..sebab aku jarang-jarang berucap awan orang jawa...walhal laki ku orang jawa +Melayu. Tapi laki ku jarang cakap jawa...... jawa celup je..
KULAAN BANJAR DI BULAN PUASA

Thursday, 3 July 2014
Langkah Demi langkah masa kian Berlalu Aku datang Kepada Mu Ya Allah
Umrah ke 2 kali aku pada 19 - 30 April 2014 semoga membawa keberkatan didunia dan akhirat.
Masjidil Haram sedang dibaikpulih untuk naik taraf . Akan datang sesiapa yang berkunjung ke Mekah ada banyak perubahan dan kemudahan untuk kita beramal ibadat mudah dan tidak memudaratkan kepada golongan warga emas dan OKU .
Sebenarnya pakej Marli Travel membawa kami berkunjung ke tempat-tempat bersejarah terutama Bukit Uhud, Gua Hira' , Hudaibiyah , Bir Ali , Masjid Quba, Ladang Kurma , Mina, Mudzalifah , Jabal Rahmah dan 5 hari di Kota Madinah.
Wajib-wajib Umrah : 1. Berniat ihram di miqat 2. Meninggalkan pantang larang ihram
Jika bertolak dari Kota Madinah tempat miqat ialah di Bir Ali. Di Bir Ali kita berniat dan memakai pakaian ihram dan meninggalkan pantang larang ihram.
Masjidil Haram sedang dibaikpulih untuk naik taraf . Akan datang sesiapa yang berkunjung ke Mekah ada banyak perubahan dan kemudahan untuk kita beramal ibadat mudah dan tidak memudaratkan kepada golongan warga emas dan OKU .
Sebenarnya pakej Marli Travel membawa kami berkunjung ke tempat-tempat bersejarah terutama Bukit Uhud, Gua Hira' , Hudaibiyah , Bir Ali , Masjid Quba, Ladang Kurma , Mina, Mudzalifah , Jabal Rahmah dan 5 hari di Kota Madinah.
|
| Add caption |
![]() |
| Add caption |
![]() |
| Add caption |
![]() |
| Add caption |
Menurut Mazhab Syafie, Kewajipan mengerjakan Umrah ini boleh dilakukan bila-bila masa dalam kehidupan seseorang muslim. Seseorang itu tidak dikira berdosa jika menangguhkan kewajipan umrah ini apabila sudah cukup syarat kemampuan selama mana dia dapat melakukannya sebelum dia meninggal dunia. Namun begitu, adalah afdal menyegerakan kewajipan umrah ini untuk melepaskan tanggungan kewajipan ini atas diri seseorang muslim.
Rukun-Rukun Umrah:
Berniat ihram , tawaf , saie , bergunting atau bercukur dan tertib
Jika bertolak dari Kota Madinah tempat miqat ialah di Bir Ali. Di Bir Ali kita berniat dan memakai pakaian ihram dan meninggalkan pantang larang ihram.
Subscribe to:
Comments (Atom)

















